Kalender Kita, Budaya Kita, Cuti Kita — Hidup Malaysia! |
| Foto Freepik |
“Yeay, banyaknya cuti tahun ni! Yes!”
Kalau lihat tulisan kecil-kecil di bawah nombor yang besar di kalender kuda tu — Hari Wesak, Chap Goh Mei, Awal Muharram — tak kisahlah perayaan apa, yang penting bila nampak warna merah, confirm cuti!
Dan saya tahu awak pun sama kan? Dah besar, lagi la gigih kira. Nak plan cuti panjang bila? Nak mendaki Kinabalu bila? Balik kampung bila? Pendek kata, dari ‘Plan A’ sampai ‘Plan Z’, semua start di situ. Kalender is life!
Pernah terfikir tak, zaman dulu guna kaedah apa untuk tentukan tarikh?
Zaman moyang-moyang kita, orang Melayu kira bulan guna bintang, fasa bulan, dan ilmu turun-temurun. Selepas Islam sampai ke Nusantara, orang mula guna Kalendar Hijrah untuk tentukan tarikh-tarikh penting.
Namun, ketika dijajah, British membawa Kalendar Masihi. Hal-hal rasmi, surat-menyurat, buku akaun kedai runcit, sampai lah kekal jadi kalendar rasmi selepas merdeka.
Kenapa Kalender Malaysia Paling Sibuk?
Kalau kita buka kalender UK, US, atau France, hanya tarikh Krismas yang tertera. Perayaan agama lain? Pandai-pandailah Google sendiri. Di sana, kalau jiran beragama Hindu sambut Diwali atau jiran Muslim sambut Aidilfitri — memang boleh terlepas pandang jika tidak duduk bersama dalam komuniti mereka.
![]() |
| Foto Google |
Pakej Kombo: One Sheet Fits All
- Bila jiran Cina sambut Tahun Baru.
- Bila kawan Hindu berarak ke Batu Caves.
- Bila rakan kerja Borneo balik kampung sambut Hari Gawai
Satu helaian kalender, lengkap: tarikh Gregorian (standard antarabangsa), tarikh Hijrah (agama Persekutuan), tambah pula perayaan pelbagai kaum, plus cuti negeri. Negeri orang kerja, negeri kita cuti. Nikmat apa lagi nak nafikan, kan?
Kalau tak percaya, balik rumah nenek, cari kalender kuda — confirm penuh semua perayaan. Versi Google Calendar ni kira versi ‘lite’ je.
![]() |
| Foto google |
Suatu Rahmat
Diam-diam, sebenarnya kita dah belajar faham dan hormat adat kaum dan agama yang berlainan. Bila jiran sembahyang, kita pelankan volume karaoke. Bila jiran puasa, kita segan nak makan ayam percik depan dia. Bila ada yang tidak makan daging, kita cakna keperluan dia.
Masa mereka balik kampung untuk sambut raya, yang tinggal di bandar tak segan-silu tolong tengok rumah, siram pokok bunga, beri makan haiwan peliharaan. Yang pulang dari kampung pula, mesti tapau buah-buah, kuih raya, lemang, dodol untuk dikongsi dengan jiran.
Sayang seribu kali sayang jika kita sia-siakan nilai harmoni ini, hanya sebab nak tunjuk siapa lebih, siapa paling layak. Kalau kita saling hormat, saling jaga, kasih sayang pasti datang dan terjalin.
Persis ajaran Nabi Muhammad ﷺ, “Sebarkanlah salam (sejahtera) di antara kamu.” — bermaksud kita doakan selamat, tenteram dan mereka agar dilindungi. Bukan cela-mencela.
Kalau ada ketidakadilan, bukan caranya baling cat merah ke rumah jiran atau main isu perkauman.
“Ah, dia kaum A sebab tu perangai macam tu.”“Ah, dia makan daging sebab tu dia macam ni.”
Tidak. Yang buat onar hanya seorang. Yang patut dihukum juga hanya dia seorang — bukan kaumnya, bukan agamanya. Ikut salur undang-undang, bukan ikut emosi.
Begitulah Malaysia, bersatu hati, tak kira dia mocha ke banana ke caramel macchiato. Kita semua manusia, fitrahnya sukakan kebaikan. Jangan cemarkan dengan ideologi yang dikawal oleh naratif dan retorik. Keluar dari kotak sempit itu, kekalkan minda yang bersih.
Next time, tengok je kalender kuda, just smile a bit. Sebab di situlah rahsia kita hidup harmoni.
Salam hormat, Kuihkocimy
| Klik gambar untuk ke Portal Rasmi JAKIM yang membincangkan tentang Falak dan penyelarasan takwim untuk setiap tahun. |
| Klik gambar untuk ke Portal calendarmalaysia.com yang membincangkan tentang sambutan festival tradisional masyarakat Cina. |
Persoalan
- Apakah jenis-jenis kalendar lain yang ada di dunia?
- Baca di page ini : Era BCE dan CE? Apa pula Tahun Hijrah?
- Bilakah bermulanya Penjajahan di Tanah Melayu?
- Baca di page ini: Sistem Pentadbiran di Malaysia
Rujukan
- Portal rasmi E-Falak Jakim
- Portal calendarmalaysia.com
Aplikasi Poster kredit: Diedit melalui Canva
Gambar kredit: Oleh Portal Rasmi E-Falak Jakim dan Portal calendarmalaysia.com





0 Comments