Kalendar Masihi dan Kalendar Hijriah [هجره] berasaskan dua sistem astronomi yang berbeza:

Kalendar Masihi (Gregorian)

  • Berasaskan: Pergerakan bumi mengelilingi matahari (Syamsiah).
  • Diasaskan oleh ketua paderi ke -3 bagi Katolik di Rom: Paus Gregory (1502-1585).
  • Ciri-ciri:
    • Dikenali sebagai kalendar solar.
    • Setiap tahun mempunyai kira-kira 365.2425 hari.
    • Terdiri daripada 12 bulan dengan panjang 28 hingga 31 hari.
    • Menggunakan tahun lompat untuk menyesuaikan dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari (1 hari tambahan setiap 4 tahun).

Ilustrasi barang antik daripada AI

Kalendar Hijriah (Hijri)

  • Berasaskan: Pergerakan bulan mengelilingi bumi (Qomariah).
  • Diasaskan oleh Khalifah Islam ke-3: Sayyidina Umar al-Khattab R.A. 
  • Ciri-ciri:
    • Dikenali sebagai kalendar lunar.
    • Setiap tahun mempunyai kira-kira 354 atau 355 hari.
    • Terdiri daripada 12 bulan dengan panjang 29 atau 30 hari.
    • Bulan baru ditentukan berdasarkan pengamatan hilal (bulan sabit pertama selepas bulan baru).

Aplikasi di portal rasmi Jakim untuk pengiraan tahun Masihi kepada tahun Hijrah.
Click gambar untuk ke portal rasmi E-Falak Jakim. 


Di Malaysia, kalendar rasmi yang digunakan adalah Kalendar Masihi. Kalendar ini memainkan peranan penting dalam urusan rasmi, perniagaan, dan pendidikan di Malaysia. Semua cuti umum dan perayaan rasmi ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Kalendar Masihi.

Namun, kerana Malaysia adalah negara yang berbilang agama, bangsa, dan budaya, cuti-cuti umum, perayaan, dan cuti negeri juga dimasukkan ke dalam kalendar rasmi, iaitu Kalendar Masihi. Bagi penganut agama Islam, yang merupakan majoriti penduduk sekitar 63.5%, Kalendar Hijrah digunakan, terutama untuk menentukan tarikh-tarikh penting dalam Islam seperti bulan Ramadan, bulan untuk menunaikan ibadah haji, serta bulan-bulan suci seperti Muharram dan Rabiulawal. Penetapan awal bulan dalam Kalendar Hijrah biasanya dilakukan dengan melihat anak bulan, yang dilakukan oleh para ulama dan pihak berkuasa agama.

Selain itu, Malaysia juga menggunakan kalendar lain seperti Kalendar Buddha (Lunar), Kalendar Cina (Lunar), Kalendar Tamil (Hindu), Kalendar Nanakshahi (Sikh), Kalendar Iban/Bidayuh (Dayak), dan Kalendar Kadazan-Dusun untuk menentukan setiap perayaan dan sambutan bagi setiap agama dan budaya masyarakat dalam negara ini. Gabungan penggunaan kesemua kalendar ini mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kerukunan yang terjalin ini menunjukkan betapa Malaysia menghargai dan meraikan kepelbagaian budaya dan agama mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Sesuai dengan definisi Malaysia Madani yang dipelopori oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Slogan ini membawa maksud  suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

Malaysia menyambut baik dan menghormati perayaan serta pengamalan agama yang berbeza untuk setiap masyarakatnya. Tiada budaya baik dan agama yang disekat untuk diamalkan. Kami percaya bahawa dengan agama, masyarakat akan menjadi lebih baik dan tersusun serta mempunyai panduan hidup masing-masing.

Dengan menghormati setiap tradisi dan kepercayaan, negara kita dapat terus membangun dalam suasana yang aman dan bersatu, di mana setiap rakyatnya merasa dihargai dan diberi ruang untuk mengamalkan budaya serta agama mereka dengan bebas. Inilah kekuatan sebenar Malaysia – sebuah negara yang teguh bersatu dalam kepelbagaian.

Persoalan 
1. Apakah perbezaan cuti umum, cuti negeri dan cuti perayaan?
2. Apakah perayaan lain yang ada di Negara Malaysia? 
3. Jika kaum Melayu adalah kaum majoriti, siapa pula kaum minoritinya? 

Rujukan 
  1. Portal E-Falak Jakim
  2. Portal worldpopulationreview.com

Aplikasi Poster kredit: Diedit melalui Canva 

Gambar kredit: Oleh vecstockFreepik